Sejarah Sekolah

Sekolah Kebangsaan Likas, Kota Kinabalu ini telah pun dibangunkan pada tahun 1926 di tengah tengah perkampungan Likas.Sekolah tersebut mula ditubuhkan oleh Ketua Kampung dengan anak anak buahnya dengan nama Sekolah Sukarela Rakyat atau lebih dikenali Native Voluntary School.

Sebuah bangunan kayu dalam dua buah bilik darjah dan sebuah rumah guru.Dalam tahun 1963 sekolah tersebut mula menjalankan pentadbiran dan sidang persekolahan bermula dari darjah satu hingga ke darjah tiga dengan bilangan murid seramai 65 orang.Guru besar sekolah pada waktu itu ialah Puan Dafne Gaban dan dua guru orang guru penolong.Menjelang tahun 1964 hingga tahun 1967, bilangan murid semakin bertambah sehingga mencapai 3 kelas dan melibatkan darjah 4,5 dan 6 dan bilangan murid keseluruhan kira-kira 156 orang.Pada tahun 1965, murid-murid sekolah ini dalam darjah Melayu telah pun menduduki Peperiksaan Darjah 6 Melayu dengan mendapat 75% lulus keseluruhannya.

Dalam tahun 1968 sehingga 1970, Guru Besar yang bertugas pada ketika itu ialah Encik Abdullah Giwok selama 3 tahun mentadbir sekolah tersebut.Bilangan guru seramai 7 orang sahaja dan bilangan murid-murid sudah meningkat kira-kira 225 orang.Keadaan dan pembelajaran sudah maju sedikit demi sedikit.Di samping itu sekolah tersebut telah dapat menubuhkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Dari tahun 1971 hingga tahun 1973, Guru Besar sekolah ini adalah Encik Tanakal bin Ahmad yang mentadbir sekolah ini selama 2 tahun 6 bulan.Pada tahun 1973 sekolah ini masih dikenali dengan Sekolah Sukarela Rakyat dan akhirnya ditukarkan namanya kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Likas oleh Jabatan Pelajaran Sabah bermakna pengurusan telah pun diambil oleh Jabatan Pelajaran.

Pada pertengahan tahun 1973, Encik Tanakal bin Ahmad telah pun ditukarkan dan ditempatnya telah diambil alih oleh Encik Hadis Abdullah sebagai Guru Besar diantara tahun 1973 sehingga tahun 1974 iaitu selama 1 tahun 6 bulan.Bilangan murid sudah meningkat iaitu seramai 310 orang melibatkan 7 kelas dalam kedudukan murid dalam darjah yang berdaftar.Bilangan kakitangan termasuklah 1 orang kerani dan 1 orang tukang kebun.

Atas usaha Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang telah dipengerusikan oleh Allahyarham Datuk Kassim Osman, beliau bermurah hati menderma sebuah bangunan kayu mengandungi 4 bilik darjah bagi menampung kekurangan bilik darjah untuk menempatkan murid murid belajar.bangunan tersebut menelan perbelanjaan hampir RM10,000.

Dalam tahun 1975 hingga 1976, Guru Besar Sekolah Rendah Kebangsaan Likas, Encik Pengiran Bagul bin Pengiran Hassan bertugas selama 1 tahun 6 bulan pada masa itu jumlah guru sudah ada seramai 18 orang dan bilangan murid sudah mencecah 370 orang.

Pada pertengahan tahun 1976, Encik Adam Alif telah pun ditugaskan sebagai Guru Besar sehingga tahun 1981 selama 5 tahun 6 bulan, bilangan guru adalah seramai 18 orang dan jumlah murid seramai 785 orang.Memandangkan ramai murid disekitar Kampung Likas mendaftar ke sekolah ini , Jabatan Pendidikan Sabah membina sebuah bangunan konkrit 2 tingkat mengandungi 15 buah bilik darjah yang lengkap dengan bilik Guru Besar, Pejabat Am dan Bilik Guru.Bangunan tersebut mula digunakan pada akhir tahun 1977.Sejak dari tahun 1978, satu unit Klinik Pergigian telah ditubuhkan oleh Kementerian Kesihatan khas untuk merawat gigi murid murid sekolah ini.

Dalam tahun 1981 hingga tahun 1982, Encik Zakaria Mahali bertugas sebagai Guru Besar dan bilangan murid pada masa itu ialah 1150 orang.Jumlah guru seramai 35 orang.Kedudukan sekolah pada masa itu dalam gred B. Dalam tahun 1982 Sekolah Kebangsaan Likas mula menerima Pendidikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah di tahap 1 tahun 1.

Awal tahun 1982 sekolah ini telah pun diwujudkan seorang Penolong Kanan iaitu Encik Aspar Damang lantikkan Jabatan Pendidikan Sabah dalam kategori C2 tingkatan biasa untuk membantu Guru Besar dalam pengurusan Pentadbiran Sekolah.

Encik Jais Muhammad pernah menjadi Guru Besar sekolah ini dalam tahun 1982 kira kira hampir sebulan lamanya kemudian beliau ditukarkan ke Ibu Pejabat Pendidikan Sabah sebagai Penyelia Sekolah.Oleh kerana ketiadaan Guru Besar pada masa itu, tugas tugas Guru Besar dijalankan oleh Guru Penolong Kanan Encik Aspar Damang.Awal tahun 1983, Encik Longgi Gansing telah melapor diri sebagai Guru Besar dan beliau hanya menjalankan tugas selama seminggu sahaja.

Pada bulan Febuari 1983 dalam penggal pertama, Encik Tahir Bandi menjalankan tugas sebagai Guru Besar selama 2 tahun dan bilangan guru seramai 38 orang dengan sejumlah murid seramai 1320 orang dengan sidang persekolahan dijalankan sidang pagi dan sidang petang.Bilangan kakitangan bukan mengajar adalah seramai 7 orang.

Pada 16 Januari 1985 Encik Hamid Shahbudin mula melapor diri untuk bertugas sebagai Guru Besar.Pada bulan Januari 1985, Sekolah mula digredkan ke dalam gred \’A\’ dengan murid seramai 1365 orang dan bilangan guru seramai 45 orang.Pada 7 Jun 1985, Encik Ajun Sapar bertugas sebagai Guru Penolong Kanan.Beliau membantu menjalankan pentadbiran di sesi petang.Pada 4 Jun 1987 Encik Pantau Kawit mula ditukarkan ke sekolah ini sebagai Penyelia Petang.

Pada 31 Disember 1987, Encik Aspar Damang melaporkan diri untuk bertugas sebagai Guru Penolong Kanan 1 dan Encik Osman Sulaiman mula bertugas sebagai Guru Penolong Kanan 2 pada 2 Januari 1988.Pada masa ini ada 55 orang guru dan 1444 orang murid dan bilangan kelas ada 31.Atas kebenaran Jabatan Pendidikan Sabah pihak sekolah membuka lagi 1 kelas menjadikan ia 32 buah kelas.

SK LIKAS darjah 3Pada 3 januari 1989 bilangan seramai 57 orang dan bilangan murid seramai 1688 orang dan bilangan kelas sebanyak 35 buah.Memandangkan jumlah murid yang semakin bertambah, Jabatan Pendidikan Sabah telah membina sebuah bangunan \”Projek Kilat\” mengandungi 3 bilik darjah, satu bilik guru dan satu bilik guru besar.Bangunan kayu ini dalam anggaran perbelanjaan sebanyak RM48,000 . Bangunan ini mula dibina pada 30 Disember 1988.Pada bulan Mei 1993, sebuah bilik tandas murid lelaki telah diubahsuai untuk dijadikan bilik muzik yang diluluskan dan diselenggarakan oleh Jabatan Pendidikan Sabah

nIZAPada Bulan November 1988, Encik Abdul Hamid Shahbudin telah bersara dari tugas selama kira kira 13 tahun sebagai Guru Besar disekolah ini dan dia merupakan seorang guru besar telah banyak membangunkan sekolah ini dalam bidang kurikulum, ko-kurikulum dan prasarana sekolah.pada bulan Januari 1999 Encik Ismail Hj Dulamit telah bertugas sebagai Guru Besar di sekolah ini. Banyak perubahan dari segi pentadbiran, kurikulum dan ko-kurikulum yang telah dilaksanakan.Namun begitu, beliau hanya bertugas selama hampir empat bulan dan kemudian ditukarkan ke Pejabat Pendidikan Bahagian.

6 jingga smkl

Sepanjang ketiadaan Guru Besar, tugas memangku jawatan tersebut diambil alih oleh Penolong Kanan 1, YM Raja Iza Akhmar bin Raja Adnan.Bilangan Guru seramai 66 orang dengan jumlah murid hampir menjangkau 2000 orang.Pada bulan Ogos 1999 Encik Abu Kassim bin Binsin telah mengambil alih tugas sebagai Guru Besar.Sesuai dengan peredaran zaman dan kemajuan dari segi teknologi maklumat dan telekomunikasi, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah membina sebuah Bangunan Makmal Komputer pada tahun 2001.Bangunan ini siap sepenuhnya dibina pada tahun 2002 dan telah dirasmikan oleh Dr Islahudin bin Baba, Timbalan Ketua Setiausaha Kewangan dan Pembangunan, Kementerian Pendidikan Malaysia pada 18 Jun 2002.Bangunan ini mengandungi 2 bilik makmal komputer dengan jumlah komputer sebanyak 42 buah yang dibekalkan oleh Syarikat MIMOS.

Encik Abu Kassim bin Binsin masih lagi mentadbir Sekolah Kebangsaan Likas dan banyak perubahan perubahan yang dibuat olehnya diantaranya memastikan Sk Likas dilengkapi internet disetiap sudut bilik bilik utamanya Bilik Guru Besar, Pejabat Am, Bilik Guru, Bilik Gerakan begitu juga dengan Wi-Fi Sk Likas sudah pun dilengkapi dengan kemudahan Wi-Fi ini.Yang membolehkan murid dan guru boleh mengakses internet dimana sahaja di kawasan Sk Likas