Perutusan Guru Besar

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Salam 1Malaysia.

gb_flagBersyukur kehadrat Illahi, dengan izinNya jua maka laman web Rasmi SK Likas berjaya disempurnakan. Adalah menjadi hasrat sekolah untuk mencapai tahap cemerlang dan berkesan. Selaras dengan hasrat tersebut pihak sekolah telah berusaha menyediakan laman web yang akan menjadi medium perhubungan diantara pihak sekolah dengan warga pendidik, murid-murid, ibu bapa dan orang awam.

Laman web ini akan menyumbang kepada pengurusan sekolah yang lebih cepat, jimat, tepat dan berkesan. Laman web ini akan dimuatkan dengan informasi dan bahan yang berguna dan bermanfaat kepada semua.

Diharap laman web ini memberi manfaat kepada semua. Setiap cadangan untuk penambahbaikan amat dialu-alukan. Semoga segala ikhtiar dan usaha yang akan kita semua laksanakan diberkati dan dirahmati Allah SWT.

Selamat melayari lama web Rasmi SK Likas Kota Kinabalu.

 

Mohd Jaimie bin Hj Mosliem
Guru Besar
SK Likas, Kota Kinabalu