Category: Pentadbiran

Majlis Makan Malam SK Likas 2017

   

   

Klik sini untuk melihat galeri gambar

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah 2017

   

   

Klik sini untuk melihat galeri.

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2017

   

   

Klik sini untuk melihat galeri gambar.

Majlis Penutupan Minggu Disiplin dan Pencegahan Dadah 2016

20160429_081339.jpgIMG-20160429-WA0006.jpgIMG-20160429-WA0008.jpg IMG-20160429-WA0014.jpg IMG-20160429-WA0017.jpg IMG-20160429-WA0020.jpg

29 April 2016, Jumaat – Program yang telah berjalan selama seminggu ini banyak memeberikan input dan maklumat yang amat berguna kepada murid-murid sekolah ini. Pelbagai program telah dijalankan sepanjang seminggu yang lalu diantaranya ialah peraduan-peraduan melibatkan disiplin, pemeriksaan mengejut disiplin dan peraturan sekolah, ceramah-ceramah daripada unit Dadah, Penjara dan Polis, persembahan dan sebagainya. Diharap ia dapat memberikan impak positif kepada murid-murid sekolah ini dan seterusnya mengurangkan permasalahan pelanggaran disiplin dan salah laku di sekolah ini.

Pelancaran Minggu Disiplin dan Pencegahan Dadah

DSC08746.jpg DSC08747.jpg DSC08748.jpg DSC08749.jpg DSC08753.jpg DSC08760.jpg

25 April 2016, Isnin – Unit HEM dan Bimbingan Kaunseling Sekolah telah merancang program Minggu Disiplin dan Pencegahan Dadah sepanjang minggu ini mulai hari ini. Program ini telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Likas, En Jaimie Hj. Mosliem dengan memotong rokok gergasi sebagai gimik perasmian dan simbol pencegahan masalah disiplin dan salah laku di sekolah ini. Pelbagai aktiviti dan program yag dirancang sepanjang minggu ini untuk mendidik dan memupuk kesedaran murid daripada melakukan pelanggaran disiplin dan undang-undang.

Kem Kepimpinan Pengawas 2016

20160409_092237.jpg 20160409_145827.jpg 20160409_152941.jpg 20160409_162526.jpg 20160409_162631.jpg 20160409_162812-ANIMATION.gif

9 April 2016, Sabtu – Seramai 156 orang murid yang terpilih telah menyertai Kem Kepimpinan sebagai persediaan murid-murid menjalankan tugas sebagai Pengawas Sekolah dan juga Ketua serta Penolong Ketua Kelas. Pelbagai aktiviti dan ceramah yang telah disampaikan berfokus kepada pembentukan sahsiah dan jati diri seorang pemimpin dikalangan rakan sebaya mereka di sekolah. Badan-badan pengawas yang hadir di kem ini adalah daripada Badan Pengawas Sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Makmal Komputer (TMK), Rhythmic Junior (RJ), Jurnalis Muda (JM), Pengawas Surau, Pengawas SPBT serta Ketua dan Penolong Ketua Kelas. Kem ini telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan Kaunseling dibawah seliaan Unit HEM dengan usahasama Pusat Sumber Sekolah.

Persiapan Menghadapi Cuaca Berjerebu

IMG-20160405-WA0003.jpg IMG-20160405-WA0004.jpg IMG-20160405-WA0005.jpg

5 April 2016, Isnin – Sebagai persiapan awal mengatasi masalah jerebu yang kini mula merebak ke kawasan Kota Kinabalu, Pihak sekolah bersama-sama PIBG Sk Likas berganding bahu berusaha untuk memastikan murid-murid SK Likas sentiasa bersedia dan berjaga-jaga menghadapi cuaca kering dan panas serta udara yang kurang sihat. Guru Besar telah memberikan sedikit penerangan kepada murid-murid langkah menghadapi keadaan cuaca yang tidak sihat ini disamping menyerahkan topeng muka untuk kegunaan murid di Perhimpunan Rasmi pagi tadi.

Pelancaran Program Guru Penyayang Turun Padang Peringkat Negeri Sabah

20160324_100509.jpg 20160324_100628.jpg 20160324_100656.jpg IMG-20160326-WA0071.jpg IMG-20160326-WA0072.jpg IMG-20160326-WA0074.jpg

24 Mac 2016, Khamis – SK Likas Menjadi tuan rumah pelancaran program Guru Penyayang Turun Padang peringkat Negeri Sabah yang dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Jame Alip, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah. Disamping pelancaran ini, Yang Berbahagia Datuk Pengarah telah berkesempatan melawat beberapa buah rumah murid yang amat memerlukan bantuan terutamanya kemudahan pembelajaran. Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Likas, En. Mohd Jaimie Hj. Mosliem amat berbesar hati kerana datuk pengarah dapat melihat sendiri kepayahan majoriti murid di sekolah ini.

Emas 200m Lelaki MSSD Kota Kinabalu 2016

IMG-20160226-WA0000.jpg IMG-20160227-WA0001.jpg IMG-20160227-WA0003.jpg 20160229_074553.jpg 20160229_074607.jpg 20160229_074622.jpg

26 Februari 2016, Jumaat – Dalam acara balapan MSSD Kota Kinabalu yang diadakan di Sekolah Sukan Malaysia Sabah, pelari 200 meter lelaki SK Likas, adik Amir Mujim telah berjaya merangkul pingat emas dalam acara yang diambil. Selain daripada itu pasukan 4×200 meter lelaki yang juga dianggotai adik Amir telah mendapat pingat gangsa. Dalam acara padang pula, adik Anilin mendapat pingat Perak dalam acara lontar peluru.