Category: Kurikulum (Akademik)

Murid Tahun 6, Cemerlang dalam Peperiksaan Penggal Pertama

Murid-murid tahun 6 yang mendapat keputusan cemerlang dalam Peperiksaan Penggal Pertama telah menerima sijil penghargaan daripada pihak sekolah.

Aktiviti Murid Tahun 6 Selepas UPSR 2015

DSC01182.JPG IMG-20151009-WA0043.jpg IMG-20151009-WA0045.jpg IMG-20151009-WA0048.jpg DSC01222.JPG DSC01226.JPG

09 oktober, Jumaat – Aktiviti Murid Tahun 6 Selepas UPSR diadakan bertempat di Tapak RMT Sekolah Kebangsaan Likas. Dihadiri oleh guru-guru tahun 6 dan Murid-murid tahun 6 Sahaja. Program tersebut dijalankan selama 2 hari. Hari pertama, murid-murid tahun 6 dikhendaki membuat sandwic. Pada hari kedua pula, murid-murid tahun 6 dikhendaki membuat salad buah. murid-murid tahun 6 juga dikhendaki mengikuti pertandingan menari berkumpulan, menyanyi berkumpulan dan nyanyian solo.

Disediakan Oleh ;

JM Saiyidah Nazirah bt Abd Jamil, 6Arif.

Peperiksaan Akhir Tahun 2015

12 Oktober 2015, Isnin – Hari ini bermulaah Peperiksaan Akhir Tahun 2015 Sekolah Kebangsaan Likas dan akan tamat pada hari Jumaat. Peperiksaan ini adalah kritikal untuk murid Tahun 5 kerana hasil daripada peperiksaan ini akan menjadi Take-off Value (TOV) murid-murid yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR format baharu pada tahun hadapan.

Kem Kecemerlangan UPSR 2015

IMG-20150830-WA0017.jpg IMG-20150830-WA0021.jpg IMG-20150830-WA0024.jpg IMG-20150830-WA0038.jpg IMG-20150830-WA0049.jpg IMG-20150830-WA0072.jpg

28 hingga 29 Ogos 2015, Unit Kurikulum dan Kaunseling telah mengadakan Kem Kecemerlangan UPSR 2015 sebagai antara sentuhan terakhir sebelum menduduki peperiksaan UPSR yang sebenar. Kem 2 hari 1 malam ini yang dikhususkan untuk murid Tahun 6, adalah bertujuan untuk mempersiapkan diri mereka bukan sahaja dari segi ilmu akademik tetapi juga persiapan dari segi psikologi dan keyakinan diri.

Program Skor A

IMG-20150804-WA0000.jpg IMG-20150804-WA0001.jpg IMG-20150804-WA0003.jpg

Program ‘Skor A’ sedang berjalan sejak hinggalah menjelangnya peperiksaan UPSR 2015. Program ini adalah tujuan untuk mengenal pasti murid yang berpotensi mendapat 5A dalam UPSR dan memerlukan fokus dan bimbingan yang lebih terancang untuk memastikan mereka mendapat A didalam semua matapelajaran. Selain daripada latih tubi menjawab contoh soalan UPSR, murid-murid ini juga melalui sesi bimbingan dan Kaunseling serta panduan khusus daripada guru-guru yang turut sama menyumbangkan kepakaran dalam memberi latihan dan motivasi kepada murid-murid ini.

Dialog Prestasi Tahun 6

IMG-20150722-WA0001.jpg IMG-20150722-WA0005.jpg IMG-20150722-WA0006.jpg

22 Julai 2015 – Ini merupakan hari pertama program Dialog Prestasi dan taklimat pencapaian murid bersama ibu bapa dan guru matapelajaran. Tujuan program ini diadakan adalah untuk berbincang membantu anak-anak menghadapi UPSR yang tidak lama lagi.