Category: Kokurikulum (KOKUM)

Sambutan Maal Hijrah dan Penutupan Hari Kebangsaan Peringkat Sekolah

   

14 September 2018, Jumaat – Majlis Sambutan dimulakan dengan sesi bacaan Surah Yaasin dan diikuti denga ceramah Maal Hijrah yang disampaikan oleh Ustaz Rashid. Kemudian penyampaian tokoh-tokoh Maal Hijrah kategori murid dan juga guru. En. Mohd Jaimie Haji Mosliem, guru besar sekolah ini telah mendapat anugerah Tokoh Maal Hijrah kategori guru untuk tahun 2018. Sambutan disambung pula dengan Majlis Penutupan Hari Kebangsaan peringkat sekolah. Antara pengisian sambutan adalah penyampaian hadiah kepada semua pemenang pertandingan sepanjang bulan kebangsaan, nyanyian dan koir patriotik daripada murid dan guru serta pertandingan memperaga pakaian tradisi dan kebudayaan daripada pelbagai suku kaum yang terdapat di Malaysia khususnya di Negeri Sabah ini.

(Klik di sini untuk melihat Galeri Foto)

Pengalaman Sebagai Petugas Unit Media & Berita

   

   

Seramai 5 orang ahli Jurnalis Muda dan 2 orang ahli Pembimbing Rakan Sebaya SK Likas telah dijemput untuk bertugas bersama-sama Unit Media, Publisiti dan Berita di Perkhemahan Pengakap di Bawah Bayu Peringkat Bahagian yang diadakan di Pantai ODEC, Universiti Malaysia Sabah yang bermula 16 Ogos dan berakhir pada 20 Ogos yang lalu. Pelbagai pengalaman dalam bidang kewartawanan telah diperolehi sepanjang perkhemahan 5 hari 4 malam ini yang turut dihadiri peserta dari negara jiran seperti Negara Brunei Darussalam dan juga Indonesia.

(Klik sini untuk melihat galeri gambar)

RERO Robot Competition

         

18 Ogos 2018, Sabtu – SK Likas telah menghantar dua kumpulan murid iaitu SK Likas A diwakili oleh adik Muhd Afif dan Muhd Dinezad, manakala SK Likas B diwakili oleh adik Wafa Battrisya dan Putri Nur Syuhadah untuk menyertai pertandingan RERO Robot Competition yang diadakan di Palm Square, Centre Point Kota Kinabalu hari ini. SK Likas A telah menjadi Johan pertandingan, manakal SK Likas B telah mendapat tempat ketiga. Kedua-dua pasukan ini telah diiring dan dipimpin oleh Cikgu Amiruddin Palempoi.

(Klik di sini untuk melihat galeri photo)

Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah

   

   

6 Ogos 2018, Isnin – Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah telah diadakan hari ini dimulakan dengan gimik penyerahan dan menandatangani sepanduk pelancaran yang disempurnakan oleh En. Mohd. Jaimie bin Hj. Mosliem, Guru Besar SK Likas. Seterusnya persembahan dari murid-murid dan nyanyian lagu-lagu patriotik.

(Klik di sini untuk melihat galeri photo)

Mewakili Malaysia ke Kejohanan Catur Asia di Sri Lanka, India.

   

   

14 Julai 2018, Sabtu – Muhd Tirmidzi bin Abd Sahim murid tahun 4 sekolah ini telah mewakili Malaysia ke kejohanan Catur Asia yang berlangsung pada 9 hingga 14 Julai 2018 di Sri Lanka India. Tirmidzi telah mengikuti 3 acara pertandingan catur iaitu Chess Championship, Rapid Chess Championship dan Blitz Chess Championship. Walau bagaimanapun adik Tirmidzi gagal membawa balik sebarang pingat untuk negara dan hanya mampu berada di kedudukan 36 Asia. Ini adalah pengalaman pertama adik Tirmidzi sampai ke tahap ini, dan sudah pasti ia merupakan pengalaman berharga untuk adik Tirmidzi.

(Klik di sini untuk melihat Galeri Foto)

Penyampaian Sijil Lawatan ke Sabah Wetlands Conservation Society

  

2 Julai 2018 – Seramai 30 orang murid Sk Likas yang terlibat dengan lawatan ke Sabah Wetlands Conservation Society pada hari Sabtu yang lalu telah menerima sijil penghargaan daripada pihak penganjur. Sijil itu telah disampaikan oleh En. Mohd Jaimie bin Hj Mosliem, Guru Besar SK Likas, di perhimpunan pagi ini.

Tempat Ketiga Catur Peringkat Bahagian

   

   

2 July 2018 Isnin-  Seramai 2 orang murid Sk Likas  telah menyertai Kejohanan Catur Peringkat Bahagian yang diadakan di Ranau. Adik Tarmizi dan Putri Nurrahmadina telah mendapat tempat ketiga dalam kejohanan tersebut. Aktiviti ini telah dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Ranau. Untuk pengetahuan semua, adik Tarmizi telah terpilih untuk mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa di Sri Lanka, India. Diharap adik Tarmizi dapat mengharumkan lagi nama sekolah dan mendapat pencapaian yang baik.

 

 

Lawatan Ke Sabah Wetlands Conservation Society

 

    

30 Jun 2018,Sabtu- Seramai 30 orang murid  Sk Likas terlibat untuk mengikuti lawatan ke Sabah Wetlands Conservation Society. Aktiviti yang telah dijalankan ialah  mengitar semula bahan buangan, membuat kertas dan menanam pokok bakau.Aktiviti tersebut dianjurkan oleh Sabah Wetlands Conservation Society sempena Participing In The World Enviroment Day 2018.Murid-murid dapat belajar mengitar semula bahan terbuang dan diharapkan aktiviti seperti ini dapat diteruskan lagi .

Kejohanan Bola Sepak B12 Peringkat Zon Likas

   

   

12 April 2018, Khamis – Kejohanan Bola Sepak B12 Zon Likas telah dirasmikan oleh tuan guru besar sendiri, En Mohd Jaimie bin Haji Mosliem. pasukan SK Likas A telah mendapat Johan, diikuti SRK St. Agnes Likas di tempat kedua, dan SK Likas B telah mendapat tempat ketiga.

Klik sini untuk melihat galeri gambar

Pengenalan Kepada Sukan Sofbol

    

Pengenalan awal Permaianan Sofbol kepada murid SK Likas yang berminat menyertai sukan yang baharu sahaja diperkenalkan disekolah ini oleh Cikgu Mohd Fadzil.

Klik sini untuk melihat galeri gambar.