Author's posts

Murid Tahun 6, Cemerlang dalam Peperiksaan Penggal Pertama

Murid-murid tahun 6 yang mendapat keputusan cemerlang dalam Peperiksaan Penggal Pertama telah menerima sijil penghargaan daripada pihak sekolah.

Pengalaman Sebagai Petugas Unit Media & Berita

   

   

Seramai 5 orang ahli Jurnalis Muda dan 2 orang ahli Pembimbing Rakan Sebaya SK Likas telah dijemput untuk bertugas bersama-sama Unit Media, Publisiti dan Berita di Perkhemahan Pengakap di Bawah Bayu Peringkat Bahagian yang diadakan di Pantai ODEC, Universiti Malaysia Sabah yang bermula 16 Ogos dan berakhir pada 20 Ogos yang lalu. Pelbagai pengalaman dalam bidang kewartawanan telah diperolehi sepanjang perkhemahan 5 hari 4 malam ini yang turut dihadiri peserta dari negara jiran seperti Negara Brunei Darussalam dan juga Indonesia.

(Klik sini untuk melihat galeri gambar)

Sumbangan Ji Her Charity kepada mangsa kebakaran SK Likas

   

(Klik di sini untuk melihat galeri foto)

Ji Her Charity and Moral Uplifting Society turut serta dalam membantu murid yang terlibat dengan kejadian kebakaran di Kg. Cenderamata 2, Kg. Likas baru-baru ini. Antara sumbangan yang diberikan adalah pakaian dan kelengkapan persekolahan. Semoga dengan apa yang disumbangkan ni serba sedikit dapat meringankan beban keluarga murid yang terlibat. Pihak sekolah amat berterima kasih atas keprihatinan dan sikap ambil peduli daripada semua pihak seperti NGOs.

Hari Keluarga PIBK SK Likas 2018

   

   

14 April 2018, Selasa – Hari Keluarga Persatuan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) SK Likas telah disempurnakan oleh Datuk Hajah Jainab DSP Haji Ahmad Ayid, Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Hal Ehwal Pengguna Sabah. Pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti pertandingan nyanyian Suara Emas dan Bintang Kecil, Suami make-up Isteri, De,omstrasi memasak dan membuat roti, pertandingan mewarna, pertandingan fesyan, cabutan bertuah serta pelbagai gerai jualan dan pameran.

Klik sini untuk melihat galeri gambar

Mesyuarat Agung PIBG 2018

        

14 April 2018, Sabtu – Mesyuarat Agung PIBG untuk tahun 2018 telah disempurnakan oleh Datuk Seri Panglima Rahman bin Dahlan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Klik sini untuk melihat galeri gambar

Kejohanan Bola Sepak B12 Peringkat Zon Likas

   

   

12 April 2018, Khamis – Kejohanan Bola Sepak B12 Zon Likas telah dirasmikan oleh tuan guru besar sendiri, En Mohd Jaimie bin Haji Mosliem. pasukan SK Likas A telah mendapat Johan, diikuti SRK St. Agnes Likas di tempat kedua, dan SK Likas B telah mendapat tempat ketiga.

Klik sini untuk melihat galeri gambar

Kem Kepimpinan Pengawas SK Likas

  

  

10 Mac 2018, Sabtu – Kem Kepimpinan Pengawas anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling bersama Unit Pusat Sumber Sekolah, bertempat di Dewan Bestari SK Likas, Kota Kinabalu.

Banner Terkini SK Likas

banner1

Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Pengawas, Ketua Kelas & Penolong, PRS dan Pengawas Pusat Sumber 2018

   

   

Klik sini untuk melihat galeri gambar.