Jun 12

Jadual UPSR 2013

7000_469170519836310_1881361296_n

Permanent link to this article: http://sklikas.edu.my/v1/kurikulum/?p=40

Apr 27

Program Permata Cemerlang Tahun 6, 2013

  

27 April 2013, Sabtu – Program Permata Cemerlang Tahun 6 adalah merupakan salah satu daripada program yang dirancang oleh Unit Kecemerlangan, sekolah Kebangsaan Likas bagi melonjakkan prestasi sekolah khususnya pada peringkat UPSR. Program ini dirancang bagi melahirkan anak-anak didik dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek dalam bidang kurikulum dan kokurikulum sekolah agar lebih mantap dan berkesan melalui bimbingan guru-guru berpengalaman dalam bidang masing-masing. Program ini juga mendapat sokongan kuat pihak PIBG sekolah dan juga ibubapa murid-murid yang terlibat. Majlis telah dirasmikan oleh En. salleh Sulaiman, Guru Besar Cemerlang SK Likas.

Permanent link to this article: http://sklikas.edu.my/v1/kurikulum/?p=37

Apr 24

Kursus eSPKWS 2013

  

24 April 2013, Rabu – SK Likas telah menjadi tuan rumah Kursus Sistem Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah secara Elektronik (eSPKWS) peringkat Daerah Kota Kinabalu. Kursus yang berjalan selama 3 hari ini dihadiri oleh 40 orang kerani daripada sekolah yang terpilih di sekitar daeerah ini. Kursus ini telah dikendalikan oleh En. Abd Razak daripada PPDKK.

Laporan: JM Shahadah, 6 Arif

Foto: En. Daing Ardy

Permanent link to this article: http://sklikas.edu.my/v1/pentadbiran/?p=234

Apr 13

Mesyuarat Pertama Kurikulum 2013

  

13 April 2013, Sabtu – Mesyuarat Pertama Unit Kurikulum untuk tahun 2013 telah diadakan hari ini di Makmal Pintar Sekolah Kebangsaa Likas. Pelbagai agenda telah disampaikan didalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh En. Mohammad Sallehan, Guru Penolong Kanan 1 seklolah ini. Mesyuarat ini diikuti dengan bengkel penulisan Pelan Perancangan Strategik setiap unit dan panitia masing-masing.

Permanent link to this article: http://sklikas.edu.my/v1/kurikulum/?p=35

Apr 06

Mesyuarat Pertama Unit Kokurikulum Untuk Tahun 2013

  

6 April 2013, Sabtu – Mesyuarat Unit Kokurikulum kali pertama untuk tahun 2013 telah diadakan hari ini bertempat di Makmal Bestari SK Likas bermula jam 9.30 pagi tadi. Tidak banyak perubahan dari segi pembentukkan jawatankuasa di bawah Unit Kokurikulum untuk tahun 2013. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh En Alias Hj Hussin, Guru Penolong Kanan Kokurikulum.

Permanent link to this article: http://sklikas.edu.my/v1/kokum/?p=106

Apr 06

Mesyuarat HEM Pertama Sesi 2013

  

6 April 2013, Sabtu – Mesyuarat Hal Ehwal Murid kali pertama untuk sesi 2013 telah diadakan pada hari ini di Makmal Bestari SK Likas bermula jam 8.00 pagi. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pn. Jumisa Hj. Nusu, Guru Penolong Kanan HEM SK Likas. Organisasi baharu dibawah Unit HEM telah dibentuk dan mendapat sokongan penuh oleh semua guru yang hadir.

Permanent link to this article: http://sklikas.edu.my/v1/hem/?p=37

Mar 19

Kriket Peringkat Daerah dan Bahagian 2013

  

19 Mac 2013, Selasa – Pasukan Kriket SK Likas masih lagi mengungguli Kejohanan Kriket untuk tahun 2013 mengekalkan kedudukan beberapa siri kejohanan pada tahun lepas. Pada 4 hingga 7 mac yang lalu, Pasukan Kriket SK Likas telah menjadi Johan Peringkat Daerah di Kejohanan Kriket yang diadakan di Padang C dan D Kompleks Sukan Likas. Kejayaan pasukan ini diteruskan ke Kejohanan Kriket Peringkat Bahagian dimana Pasukan Kriket SK Likas yang mewakili Bahagian Pantai Barat telah mendapat Johan dan akan mewakili Negeri Sabah ke Kejohanan Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Pulau Pinang pada 28 hingga 30 Mac akan datang. Pasukan ini akan diiringi oleh En. Amiruddin Palempoi dan En. Harjit Singh selaku Jurulatih Pasukan Kriket SK Likas.

Permanent link to this article: http://sklikas.edu.my/v1/kokum/?p=104

Mar 09

Bacaan Yassin & Tahlil Pejuang Negara

  

8 Mac 2013, Jumaat – Satu Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil telah diadakan di perkarangan sekolah sempena mendoakan keselamatan pejuang-pejuang dan petugas yang sedang bertugas mempertahankan kedaulatan negara di Lahad Datu dan Semporna. Negara terutamanya penduduk Negeri Sabah telah dikejutkan dengan insiden pencerobohan sempadan perairan Sabah yang telah mengorbankan beberapa orang pegawai keselamatan negara.

Permanent link to this article: http://sklikas.edu.my/v1/pentadbiran/?p=237

Feb 22

Sambutan Hari Pengasas 22 Februari 2013

     

Pada 22 Februari 2013 yang lalu, Pengakap SK Likas telah membuat upacara ringkas sempena memperingati hari kelahiran pengasas Pengakap Dunia, Lord Robert Stephenson Smyth Baden Powell. Upacara dimulakan dengan Laung Agung, mengebarkan bendera serta memperbaharui Persetiaan Pengakap disamping sedikit ceramah berkaitan Hari Pengasas. Sambutan dibuat secara ringkas namun ia memberikan pengalaman dan pengetahuan yang menarik kepada semua warga SK Likas khusunya ahli pengakap sekolah ini sendiri. Majlis ini telah dijayakan oleh Akela Huzaimi, Akela Norsi, Akela Kartini dan akela-akela lain yang turut terlibat pada hari tersebut.

Permanent link to this article: http://sklikas.edu.my/v1/kokum/?p=102

Jan 19

Bantuan Khas Awal Persekolahan 2013

    

18 Januari 2013, Jumaat – Satu Majlis penyampaian Bantuan Awal Persekolahan iaitu sebanyak RM100 bagi setiap murid yang layak telah diadakan di perkarangan Sekolah Kebangsaan Likas hari ini. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB. Datuk Hajjah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid, Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat. Bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan perbelanjaan ibu bapa untuk membuat persiapan anak-anak mereka ke sekolah.

Permanent link to this article: http://sklikas.edu.my/v1/hem/?p=25

Older posts «